Senarai Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 4.0 2015 !

Perdana menteri dalam pembentangan bajet 2015 telah memgumumkan bahawa ada peningkatan jumlah BR1M akan diberikan kepada rakyat.

Berita ini semestinya menjadi perbualan seluruh rakyat.

Adakah dengan peningkatan BR1M ini benar benar mampu meringankan beban rakyat ?

Berikut adalah Senarai Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 4.0 2015 melalui pembentangan bajet oleh Perdana Menteri , Dato Seri Najib Razak


Kemaskini :- 

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan menerima kenaikan bantuan itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan daripada RM650 kepada RM950.

Bagaimanapun, bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ini akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.

Bayaran pertama dan kedua masing-masing bernilai RM300 akan diserahkan pada bulan Januari dan Mei depan.

Seterusnya bayaran terakhir berjumlah RM350 akan dibayar pada September.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.

Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun.

Kerajaan juga menumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan mengantikan Insurans Takaful Berkelompok atau i-BR1M kepada Skim Khairat Kematian bernilai RM1,000 berkuatkuasa selama setahun.

Sementara itu, kerajaan juga mengumumkan untuk meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara.

Bantuan yang melibatkan jumlah sebanyak RM540 juta itu akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.

Ia adalah tahun keempat kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Najib turut bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian berjumlah RM325 juta yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.

Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar prauniversiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mula diperkenalkan pada Bajet 2012. - Awani


Post a Comment