Makhluk Ini Pasti Mendukacitakan Anda Bila Melihatnya !


Dikala kita menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ramai lah yang mula memuatnaik gambar ibadah korban dilakukan di Facebook.

Apa yang mendukacitakan bagi admin adalah gambar ini.

Tetiba terbit rasa kasihan dan mungkin ada yang tak sanggup nak tengok.



Janin lembu ditemukan dalam perut semasa ibadah korban.

Gambar ini telah viral sepenuhnya di Facebook dan ramai mula 'memandai' dalam memberi pendapat dan hukum tanpa merujuk kepada mereka yang bertauliah.


Hukum memakan janin haiwan yang disembelih untuk ibadah korban.

Admin tidak mahu memandai mandai memberi pendapat 

Jadi berdasarkan sumber yang sahih dan tepat,inilah ditemui :-

Sumber 1
Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting.
Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
“Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan. -  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. (Utusan, 28.07.2011)
Sumber 2 
Dalam kitab fiqh mazhab Syafi’ie iaitu “Matan al-Ghayah wa al-Taqrib” atau lebih dikenali dengan “Matan Abi Syuja” menyebut:وذكاة الجنين بذكاة أمه, إلا أن يوجد حيا فيُذكّىMaknanya: Penyembelihan janin melalui penyembelihan ibunya, melainkan kalau didapati ia masih hidup, maka ia mesti disembelih(jika ingin dimakan).Maka hukum memakan janin binatang ternak yang mati hasil penyembelihan ibunya adalah halal, melainkan didapati ia masih hidup selepas dikeluarkan dari perut ibunya yang telah mati, maka ia mesti disembelih untuk tujuan makan.Hukum ini berteras sebuah dalil dari hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:عن أبي سعيد قال سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الجنين فقال كلوه إن شئتم فإن ذكاته ذكاة أمهMaksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang janin, lalu Baginda bersabda: ‘Makan lah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia(janin) melalui penyembelihan ibunya’.” (Hadith riwayat Imam Ibn Majah)Wallahu A’lam- Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Jadi,jelas kan tentang hukumnya ?

Tapi dalam hal ini,seharusnya mereka lebih peka keadaan haiwan yang ingin dikorbankan.Selagi boleh elak,elakkan.Tak gitu.

Apapun,setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan tauladan yang ingin Allah swt ingin tunjukkan kepada kita semua.


Post a Comment