Hubungan Kita Berakhir Kini - Vivian Lee


Vivian Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).


Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpanya di sini.

"Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.

"Kamu menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya.

Jelas Vivian, penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak dihargai Alvin sendiri.

"Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya.


Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook


Artikel asal Awani


Post a Comment