10 Gambar Bumbung Jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh !

Runtuhan bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling- Pasir Gudang pada petang Ahad mengakibatkan kerosakan dua buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Johor Bahru, laporan diterima pada pukul 4.38 petang.

Jelas jurucakap itu lagi, jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dengan kekuatan sembilan anggota ditugaskan ke lokasi pada pukul 4.39 petang dan sampai pada pukul 5.05 petang.

Kata jurucakap itu, operasi menyelamat turut mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. - Awani













Post a Comment