Ngeri.. Video Saat Remaja Maut Diserang Harimau Putih Di Zoo !


New Delhi - Seorang remaja lelaki maut apabila diserang seekor harimau putih di sebuah zoo di ibu negara India, semalam.
Remaja berkenaan dipercayai samaada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan tersebut dilaporkan mahu berselfie dengan haiwan itu.
Semasa kejadian, harimau itu dipercayai membaham leher selepas mangsa memasuki kandangnya di Zoo New Delhi manakala pengunjung taman berkenaan menjerit dan membaling kayu serta batu bagi menyelamatkannya.
"Remaja itu mungkin memanjat pagar kandang yang menempatkan haiwan itu sebelum diserang harimau putih tersebut. Kami sedang cuba mengenalpasti siapa mangsa ini dan mengapa dia berbuat demikian." kata pengurus zoo, Riaz Khan. AFP



Post a Comment